Home » » MEE REBUS JOHOR DARUL TAKZIM (JDT)

MEE REBUS JOHOR DARUL TAKZIM (JDT)

Written By Unknown on Sunday, November 1, 2015 | 8:55 PM





Resepi ni bukannya asal dari aku. tapi aku share dari blog masak-masak yang aku paling suka. Blog Azlita Masam Manis.

Rujukan : Iza Akma Azlita Masam Manis

300 gm daging kisar atau udang segar ~ ita guna daging batang pinang dan hiris nipis
1/2 cawan udang kering ~ disangai dan kisar halus
5 sudu makan cili kisar ~ boleh tambah jika suka pedas
2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 kiub pati daging
250 gm keledek oren ~ direbus dan di lenyek
1/2 air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
1/2 buku gula Melaka ~ ita tambah 
air secukupnya
minyak untuk menumis

2 batang serai ~ dititik
8 kuntum bunga lawang

Bahan Kisar
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inc halia
3/4 inc lengkuas
1 biji buah keras
Sedikit air 

Penyediannya
  1. Mula-mula kita rebus keledek hingga empuk. Kemudian keledek itu dilenyek ~ ketepikan 
  2. Panaskan minyak dalam periuk
  3. Masukkan bunga lawang dan serai yang dititik.
  4. Apabila naik harum masukkan bahan kisar dan tumis
  5. Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga garing dan berbau harum
  6. Kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar halus dan tumis semula hingga sebati.
  7. Masukkan daging, kacau sebentar hingga daging hampir empuk ~ tambah air jika kuah terlalu kering.
  8. Selepas itu masukkan rempah kari dan serbuk ketumbar kacau rata.
  9. Masukkan air secukupnya ~ kuantiti air bergantung kepada kepekatan kuah
  10. Bila kuah dah mendidih masukkan kiub daging dan biarkan mendidih semula.
  11. Akhir sekali masukkan keledek yang telah dilenyek, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
  12. Didihkan semula kuah seningga kuah sedikit pekat
  13. Setelah serasi rasanya boleh lah dihidangkan.
Mee rebus kebiasannya di makan bersama
  • Mee kuning ~ yang dicelur
  • Taugeh ~ juga dicelur
  • Tauhu digoreng dan dipotong dadu
  • Telur rebus
  • Limau kasturi
  • Daun sup dan daun bawang yang dihiris halus
  • Cili merah dan cili hijau yang dihiris halus
  • Bawang goreng
  • Dan tepung goreng rangup
SHARE

About Unknown

0 comments :

Post a Comment